Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

SRI NAWAR FM ENTERTAINMENT

Menawarkan khidmat DJ Karaoke Sound System di semua majlis. Mempunyai set P/A System yang boleh dipercayai dan berjenama. Sila hubungi : DJ Nasrie 019-6863144. Sila layari http://srinawarfm.blogspot.com
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tahniah!!

JASIN 21 Mei - Generasi muda di Felcra Lembah Kesang di sini, mengambil inisiatif menubuhkan Gerakan Belia 4B (GB4B) bagi merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk mewujudkan belia berwawasan.
Ketua Penaja GB4B kawasan itu, Zulkipli Md. Diah berkata, dengan adanya pertubuhan seperti GB4B itu membolehkan golongan muda di Felcra tersebut mengambil bahagian dalam program-program yang diatur.
Menurut beliau, ia sekali gus mengelakkan kumpulan terbabit membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau terlibat dalam aktiviti yang boleh merosakkan generasi muda.
''Jadi kami generasi muda di Felcra ini dengan sokongan dan komitmen pemimpin masyarakat bersetuju untuk menubuhkan GB4B bagi melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada generasi muda di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian GB4B Felcra Lembah Kesang di sini baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd. Nizam Omar.
Zulkipli berkata, sehingga kini seramai 113 generasi muda di bawah usia 40 tahun telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli GB4B cawangan Felcra Lembah Kesang.
Menurutnya, ini menunjukkan generasi muda di Felcra itu begitu bersungguh-sungguh untuk menggerakkan persatuan berkenaan.
Sementara itu, Mohd. Nizam dalam ucapannya mengingatkan golongan belia dalam era ini telah menunjukkan petanda perubahan daripada segi budaya hidup mereka.
Justeru katanya, tumpuan perlu diberikan untuk menjadikan perubahan dalam era tersebut sebagai sesuatu yang memberikan manfaat kepada golongan terbabit.
''Kami di peringkat kawasan akan sentiasa memantau pergerakan cawangan-cawangan supaya mereka dapat mengadakan program di samping menyertai program-program anjuran kerajaan negeri mahupun pertubuhan belia," katanya.

No comments: