Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

SRI NAWAR FM ENTERTAINMENT

Menawarkan khidmat DJ Karaoke Sound System di semua majlis. Mempunyai set P/A System yang boleh dipercayai dan berjenama. Sila hubungi : DJ Nasrie 019-6863144. Sila layari http://srinawarfm.blogspot.com
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Pembukaan laman web.

MELAKA Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri telah melancarkan laman webnya baru-baru ini dalam usaha menyampaikan maklumat dan aktiviti jabatan itu kepada orang ramai secara dalam talian.Pengarahnya, Mohd. Nizam Omar berkata, dengan adanya laman web itu juga memudahkan masyarakat mengetahui segala aktiviti yang berlaku di negeri ini, khususnya melibatkan golongan belia.
''Melalui laman web itu juga, orang ramai khususnya para penuntut institusi pengajian tinggi juga boleh memberikan pandangan serta cadangan dalam usaha membangunkan belia dan kalangan mahasiswa.
''Kami di bahagian Sahabat Belia akan sentiasa mempelbagaikan program dan membantu pertubuhan belia mengadakan program mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Laman web Sahabat Belia itu telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron selaku Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).
Mohd. Nizam berkata, bahagian Sahabat Belia itu telah ditubuhkan pada 1 Jun 2002 dalam usaha kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai negeri belia, negeri bersejarah dan berbudaya serta koridor berilmu.
''Jabatan ini diberi tanggungjawab untuk merealisasikan wawasan tersebut dengan mengadakan program-program harian dan mingguan untuk belia, pelajar, siswa institusi pengajian tinggi dan persatuan belia.
''Program dan aktiviti tersebut dirancang bagi mengelakkan para belia dan remaja terlibat dalam aktiviti berunsur negatif sehingga merugikan golongan terbabit serta menjejaskan keharmonian negeri,'' katanya.
Laman web Sahabat Belia itu boleh dilayari di www.sahabatbelia.gov.my.

No comments: