SRI NAWAR FM ENTERTAINMENT

Menawarkan khidmat DJ Karaoke Sound System di semua majlis. Mempunyai set P/A System yang boleh dipercayai dan berjenama. Sila hubungi : DJ Nasrie 019-6863144. Sila layari http://srinawarfm.blogspot.com
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Gerai Burger Ranap !!!



Pada hari Isnin 14/06/2010 lebih kurang pukul 1-2 petang, ribut telah melanda kampung Air Tawar. Susulan itu sebuah gerai burger milik ahli GB4B Sri Nawar iaitu saudara Khairul Idzahar (Matbond) telah diterbangkan ribut. Gerai milik beliau ranap sama sekali. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ku Lekir, ketika itu beliau sedang menunggang motorsikal RXs dalam perjalanan ke kedai Soh chai , semasa lalu di tempat kejadian beliau terperanjat melihat gerai itu terpelanting dibawa angin kencang tersebut. Ketika kejadian tiada sesiapa disitu dan tiada kecederaan yang berlaku. Pemilik gerai tersebut bersyukur kerana ketika itu beliau berada didalam rumah. Kos kerosakan dianggarkan bernilai ratusan ringgit. Sehubungan itu GB4B Sri Nawar akan memberikan bantuan wang tunai kepada beliau untuk meringgankan beban membaiki semula gerai tersebut.

Kepada semua pengunjung, baca dan cuba- PERCUMA sahaja!!!

Drpd on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan??? Mula2 mmg xcaye bnde ni,tp y not kite try kn sbb die XPERLU MODAL pn. XPERLU MODAL!! Haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit..
Beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di Catcheyes jom..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia, apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini.

Ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit, malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

Katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..

Banyak tu .. awak tak nak ke? Jomlah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..

Untuk maklumat awak,keahlian Catcheye telah mencecah 46,723 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan

Cara nak register..
http://www.catcheye.com.my/?r=98640

2. Klik 'Join Catcheye now'
3. Isi maklumat diri, IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4. Isi jawapan:
soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5. Klik agree and proceed.. Ok siap. Kemudian apa perlu buat?

1.klik sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni di buletin facebook atau myspace & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.
percayalah!sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN?? TGGU APE LG?? J0MLA J0IN..
*x berminat pn try je…anggap je main2 mne tau ade rezeki FREE
JE...XTIPU... =)
Catcheye.com.my | A different approach to advertising
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.

Karnival Gebok-Gebok 4B Melaka.

Semua ahli GB4B Sri Nawar dijemput hadir.

Larian Baton peringkat DUN Sg Rambai









Telah berlangsung pada 18/04/2010. Ahli2 GB4B Sri Nawar telah menyertai larian baton, selain itu Kelab Dondang Sayang juga membuat persembahan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.

Konvoi RETRO ke Tanjung Karang, Selangor.









Seramai 8 ahli Kelab Pemotoran Sri Nawar telah menyertai konvoi tersebut pada 4/4/2010. Semua ahli adalah rider RXS dan G Pang. Tahniah diucapkan.

Melaka Hari Ini


Keratan akbar Melaka Hari Ini berkenaan dgn Pertandingan Sepaktakraw Tertutup(Jemputan) GB4B Sri Nawar. Terima kasih tak terhingga kepada urusetia Kelab Takraw GB4B Sri Nawar kerana berjaya mengadakan program seumpama ini.

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan Jemputan GB4B Sri Nawar











Pertandingan berlangsung dengan jayanya pada 4/4/2010 ahad dari jam 8.30 pagi-7.30ptg bertempat di Dewan Lipat Kajang Merlimau. Seramai 53 pasukan mengambil bahagian. Tahniah diucapkan kepada semua.

Undian Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan Jemputan GB4B Sri Nawar







Majlis berlangsung pada 26/03/2010 jam 9.30 mlm bertempat di Balairaya Jalan Datok Nawar.

Program Sehari Bersama GB4B Jasin

PROGRAM SEHARI BERSAMA GB4B JASIN.
pada 16 Januari 2010
bertempat di:
pekarangan pejabat GB4B Jasin.

masa : 8 pagi - 6 petang.

Aktiviti:
pertandingan karaoke 1Belia 1Malaysia,
pertandingan gitar kapok,
sukan rakyat,
gubahan dan pelbagai pameran dari agensi-agensi kerajaan termasuk peluang pekerjaan.

Semua ahli GB4B Sri Nawar dan penduduk Kg Air Tawar di jemput hadir.

Bantahan Penggunaan Nama Allah Oleh Majalah Herald-The Catholic Weekly.

Kami bersuara, Kami Membantah kebenaran mahkamah tinggi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly. Selain itu kami mempersoalkan niat sebenar penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald yang boleh menyalahi peruntukkan Perkara 4 Perlembangaan Persekutuaan, dan kami percaya penggunaan kalimah Allah oleh agama lain boleh mengelirukan umat islam terutama kanak-kanak dan lapisan generasi akan datang. ALLAHUAKBAR !!! Sama-sama lah kita melaungkan dan menentang perkara ini !!

Ingatlah amaran Allah SWT dalam surah al-Baqarah, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang terhadap kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah. "sesungguhnya Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti KEMAHUAN MEREKA setelah datang pengetahuan terhadap kamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu."

Sila tandatangan petisyen bantahan di alamat web ini:-
http://www.muslimconsumer.org.my/herald/

Yang Benar,
Pengerusi , AJK dan ahli GB4B Sri Nawar.

Pertandingan Karom Terbuka Air Tawar.









Pada 26-28/12/09 telah berlangsung Pertandingan Karom Terbuka Kg Air Tawar dengankerjasama Pemuda Air Tawar. Bertempat di Buluh Cafe seramai 48 peserta kategori Single dan 20 regu dalam kategori Double telah dipertandingkan. Pada permulaan target kami seramai hanya 20-30 peserta. Alhamdullilah penyertaan sangat mengalakkan. Kalangan peserta datang dari Kg Sebatu, Sg Renggi, Merlimau, Tedong, Seri Mendapat (Lanchang). Tempat pertama kategori single dan double telah dimenangi oleh pasukan dari Seri Mendapat. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja (sumbangan hamper atau wang tunai) terutama kepada YB Hidhir [ADUN Merlimau] dan YB Hasan [ADUN Sg Rambai]. Semua hadiah telah disampaikan oleh YB Hasan pada 28/12/09 jam 11.30mlm. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta. Ucapan jutaan terimakasih kepada urusetia, pengadil yg memberi komitmen sepenuhnya.

Pembukaan Laman blog Sri Nawar FM Entertaiment.

Dengan secara rasminya pembukaan laman blog sri nawar fm entertainment. Segala aktiviti dan info sila layari http://srinawarfm.blogspot.com

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua belia dan belia wanis GB4B Sri Nawar , kami AJK mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha, jangan lupa mari beramai2 membantu majlis menyembelih lembu dan kambing di tanah wakaf air tawar.

Kutipan derma untuk mangsa gempa bumi di Padang

Atas dasar simpati, GB4B Sri Nawar memohon jasa baik anda semua agar bersama-sama menderma wang ringgit ke pada mangsa gempa bumi di Padang,Indonesia. Hasil kutipan derma ini akan disalurkan ke Program Derma Mangsa Gempa Bumi oleh GB4B Bahagian Jasin. Diharap sumbangan ini dapat meringgankan beban yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi. Kepada mereka yang ingin menderma boleh berjumpa dgn saudara Minhat dan Tarmizy. Borang ada diletak di kedai Samad...Marilah kita beramal.....

Majlis Marhaban GB4B Jasin di Rumah YB Hasan Rahman.


Ahli GB4B Sri Nawar tidak melepaskan peluang bergambar dgn hero 60an iaitu Jeffrydin.

Jamuan Aidilfitri UMNO JDN dan GB4B Sri Nawar.





Gambar ketika Majlis Jamuan Hari Raya UMNO Jln Datok Nawar dan GB4B Sri Nawar.