
Apa tidaknya, rata-rata yang hadir termasuk warga asing bukan hanya berpesta sehingga mabuk tetapi turut memakai pakaian menjolok mata.
Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Pantai Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad Sap berkata, pesta sedemikian terbukti mencemarkan budaya dan mengundang masalah sosial.
Menurutnya, penganjuran pesta berkenaan juga bertentangan dengan ajaran agama Islam serta budaya masyarakat Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial.
“Saya dapati ribuan golongan muda berhibur di pesta berkenaan selama dua hari ia diadakan di pantai ini. Saya mendapati mereka yang datang terdiri daripada golongan belia dan sebahagian besarnya merupakan anak Melayu dan kaum Cina.
“Saya berasa sangat kesal dan tidak faham mengapa perkara ini harus terjadi kerana ini bukan pertama kali ia diadakan di mana pada tahun 2006 pesta sedemikian pernah diadakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mohamad Nor sebelum ini telah menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan, yang turut mewakili Persatuan Penduduk Taman Aneka, Batu 9, Jalan Pantai kerana mendakwa permit hiburan menganjurkan pesta berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan minta ia dibatalkan demi kebaikan generasi muda4Bsri nawar:Diharap perkara ini tak berlaku di pantai-pantai seluruh negeri Melaka.Kerajaan negeri patut memandang serius dengan gejala negatif ini.PBT sepatutnya peka apa yg berlaku disekeliling.Amat memalukan!!!!Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kami mengutuk aktiviti tersebut!!
No comments:
Post a Comment