Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

SRI NAWAR FM ENTERTAINMENT

Menawarkan khidmat DJ Karaoke Sound System di semua majlis. Mempunyai set P/A System yang boleh dipercayai dan berjenama. Sila hubungi : DJ Nasrie 019-6863144. Sila layari http://srinawarfm.blogspot.com
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sungguh liar!!!

Satu formula kini sedang dirancang dalam usaha memasang perangkap babi hutan yang berkeliaran di beberapa kawasan di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, antara kawasan yang dikesan menjadi tempat haiwan liar ini berkeliaran adalah Parit Perawas, Sebatu, Air Tawar dan Batu Gajah.
Menurutnya, pihak Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Japerun Sungai Rambai telah mengadakan perbincangan dengan pegawai daripada Perhilitan untuk mengadakan operasi hampir setiap malam.
“Selain daripada pegawai Perhilitan, beberapa pemburu persendirian juga terlibat dalam operasi ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Air Tawar, Majid Main, 62, berkata, pihaknya telah meminta agar Perhilitan bertindak segera dalam usaha menangani masalah babi hutan yang banyak memusnahkan hasil tanaman penduduk.
“Babi hutan yang berkeliaran di kawasan kampung ini dikhuatiri membawa wabak dan kami takut kejadian buruk akan berlaku di kampung ini.
“Justeru, kami mengharapkan agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku selain mengharapkan kerjasama penduduk kampung untuk membersihkan kawasan tanah terbiar mereka,” katanya.
Majid berkata, tanah terbiar milik penduduk diharap dapat dibersihkan bagi mengelakkan kawasan berkenaan menjadi tempat pembiakan babi hutan.

OK..kepada belia-belia dan pemuda Kg Air Tawar boleh membuat persiapan diri dari segi bantin dan kelengkapan perisai untuk menghapuskan babi-babi yg mula menganas di kampung kita.Tunggu arahan selanjutnya.!!!!

3 comments:

Anonymous said...

jom kter hapuskan babi2 ni semua,..
da la njis...

dari mane dtg babi2 ni semua??
kalu dr pihak yang tidak bertanggungjawab kter saman je setelah bukti ckup..

Anonymous said...

salam...tindakan telah diambil tetapi babi nie cepat menghidu kehadiran kami.so dgn sepantas wabak h1n1 babi nie memecut laju lari litang pukang sehinggakan pihak perhililitan x sempat menembak walaupun mengunakan aura james bond.so far kita akan balas dendam dan akan menghantar perisik(mat bond) kedalam hutan.

Anonymous said...

tempoh hari pakli berjaya tembak 6 ekor kat blakang umah tok bik tp 2 ekor dapat lari