Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Rahaman Karim berkata, usaha itu akan dilaksana secara berterusan bagi membantu menambah bilangan belia untuk terbabit dalam sukan permotoran yang kini semakin popular di kalangan remaja.
''Bagi pihak kerajaan negeri, kita sedia untuk menaja mana-mana belia yang berminat menceburi bidang sukan permotoran kerana usaha ini juga termasuk dalam tanggungjawab sosial Yayasan Melaka kepada masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek tajaan RM4,000 kepada pelumba motosikal lasak negeri, Mohamad Ariff yang menyertai Kejohanan Motocross Malaysia 2008 pada pertengahan bulan ini.
Menurut Abdul Rahaman, melalui usaha itu, lebih ramai bakat muda dapat diketengahkan dalam sukan permotoran negara, sekali gus membantu mempopularkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Katanya, langkah itu sejajar dengan penerimaan yang menggalakkan di kalangan remaja pada hari ini yang semakin menggemari sukan permotoran.
''Kita perlu mengambil peluang disaat-saat golongan belia sedang mengilai sukan permotoran ini, penganjuran perlu diperluaskan kerana usaha ini mampu memberi pulangan lumayan untuk organisasi ini dan juga untuk negara.
''Namun, sebagai pihak yang menaja, kita tidak perlu mengharapkan kejayaan semata-mata tetapi yang penting, kita wajar menilai tahap penglibatan rakyat kita dalam bidang sukan yang penuh cabaran ini," katanya.
Pada masa yang sama, kata Rahaman, usaha itu secara tidak langsung membantu mengelakkan golongan belia di negeri ini terlibat melakukan kegiatan tidak berfaedah yang akhirnya merugikan diri mereka sendiri.
''Oleh itu, dengan menyertai kegiatan sukan permotoran, misalnya, dapat membantu golongan remaja melakukan aktiviti berfaedah," ujarnya.
2 comments:
Hello, Belia!
I loved this post and this blog.
Terima kasih
taniah.....
dah ada blog.
bole tg blog kita org
mgbdag blogspot.com.
tq
"BERGERAK"
Post a Comment