Harga Sewaan Sri Nawar FM - Waktu siang : RM 300 / Malam : RM 50. Sila hubungi Nasri : 019-6863144.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Kepada semua belia dan belia wanis GB4B Sri Nawar , kami AJK mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha, jangan lupa mari beramai2 membantu majlis menyembelih lembu dan kambing di tanah wakaf air tawar.

Kutipan derma untuk mangsa gempa bumi di Padang

Atas dasar simpati, GB4B Sri Nawar memohon jasa baik anda semua agar bersama-sama menderma wang ringgit ke pada mangsa gempa bumi di Padang,Indonesia. Hasil kutipan derma ini akan disalurkan ke Program Derma Mangsa Gempa Bumi oleh GB4B Bahagian Jasin. Diharap sumbangan ini dapat meringgankan beban yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi. Kepada mereka yang ingin menderma boleh berjumpa dgn saudara Minhat dan Tarmizy. Borang ada diletak di kedai Samad...Marilah kita beramal.....

Majlis Marhaban GB4B Jasin di Rumah YB Hasan Rahman.


Ahli GB4B Sri Nawar tidak melepaskan peluang bergambar dgn hero 60an iaitu Jeffrydin.

Jamuan Aidilfitri UMNO JDN dan GB4B Sri Nawar.





Gambar ketika Majlis Jamuan Hari Raya UMNO Jln Datok Nawar dan GB4B Sri Nawar.

Mesyuarat EGM GB4B Kawasan Jasin.

Dimaklumkan Mesyuarat Agong GB4B Kawasan Jasin akan diadakan pada : 5/9/09,Sabtu, jam 4.30 ptg bertempat di Japerun DUN Sg Rambai. Semua perwakilan diwajibkan hadir dan dibenarkan perwakilan membawa ahli masing-masing. Selepas mesyuarat jam 6.30 ptg ketibaan konvoi semarak ramadhan dan seterusnya majlis berbuka puasa.

Pilihan kami.

MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN 2009

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

CAWANGAN : SRI NAWAR

KAWASAN : JASIN / NEGERI MELAKA


PENCALONAN JAWATANKUASA 2009 / 2012

KAWASAN : JASIN.

Pengerusi Tetap : Husin Bin Muhamad

Timb. Pengerusi Tetap : Yahaya Bin Ibrahim

Pengerusi : Mohd Nizam Bin Omar

Timb. Pengerusi : Zulkifli Bin Khalil

Naib Pengerusi Wanita : Khuzaimah Bin Abdullah

Ahli Jawatankuasa

1. Liyana Binti Othman

2. Ahmad Nazrie Bin Othman

3. Mohd Hazrin Bin Ramli

4. Yusri Bin Muharam

5. Mohd Fadli Bin Kamis

6. Mumidin Bin Md Nor

Pemeriksa Kira-kira : Mohd Zamri Bin Mohd Mustafa

: Mohd Azizi Bin Dolah

Membincangkan Usul Mesyuarat Agong.

1.Golongan belia sentiasa disarankan agar menglibatkan diri dalam acara sukan bermotor secara halal. Justeru itu kami ingin bertanya adakah pihak GB4B Kawasan Jasin atau Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin tidak berminat untuk mengelola atau membuat program seumpama itu, sedangkan peminat-peminat dan belia kawasan Jasin tertunggu-tunggu respon dari pihak berkenaan.

2.Kerajaan Malaysia meng war-warkan agar setiap pertubuhan dan perseorangan bergiat aktif dalam bidang IT. Akan tetapi sungguh menyedihkan dimana Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin dan juga GB4B Kawasan Jasin tidak mempunyai laman web nya sendiri. Ini amat dan sungguh mengejutkan. Dengan perkembangan dan teknologi zaman sekarang seharusnya sesebuah pertubuhan haruslah mengejar semua kemudahan canggih yang ada agar tidak dilabelkan sebagai pertubuhan yg kuno. Dengan itu ingin kami juga nyatakan bahawa laman web GB4B Malaysia tidak lagi mengemaskinikan laman web nya. Ini seperti hanya melepaskan batuk ditangga. Kami kecewa.......

3.Kami sebulat suara menyatakan kesedihan dan kecewa kerana pihak Kementerian Belia dan Sukan telah memansuhkan skim bantuan Usahawan Muda bernilai RM 3000. Ingin kami bertanya mengapa perkara ini berlaku dan apa sebabnya sehinggakan ia dimansuhkan sedangkan bantuan ini amat sangat diperlukan oleh usahawan-usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan / projek

Mesyuarat Agong GB4B Sri Nawar 2009







Syukur,Alhamdulillah....Mesyuarat Agong GB4B Sri Nawar telah pun berlangsung dengan tenangnya tanpa apa-apa gangguan dari pengebom berani mati.Mesyuarat tersebut diadakan pada hari Jumaat,9 malam(07/08/2009) bertempat di Balairaya Jalan Datok Nawar.Tahniah diucapkan pada semua ahli GB4B Sri Nawar dan diucapkan jutaan terima kasih kepada wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin(aisyemen..lupa plak nama aweks nie) dan juga barisan hadapan ajk 4B Daerah Jasin serta Pengarah Sahabat Belia merangkap Pengerusi 4B daerah Jasin iaitu saudara Mohd Nizam Omar.

Perarakan 1 Belia 1 Malaysia.







GB4 Sri Nawar telah hadir menyertai perarakan 1 Belia 1 Malaysia yang telah diadakan pada 11/07/09 jam 8pagi-6 petang,bermula dari Ibu Pejabat GB4B Melaka Jln Hang Tuah sehingga ke Stadium Tun Fatimah.Pengangkutan Percuma,makan,baju semuanya ditanggung beress.....Syabas diucapkan.

Ucapan 'sms' dari Pengerusi Penaja GB4B Melaka dan bahagian Jasin.

Salam kepada semua,

'Suara Belia didengar,peranan BELIA diiktiraf & isu-isu Belia mesti ditangani dengan cara kesesuaian imaginasi & citarasa orang muda'.SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 09. "1 MALAYSIA,1 BELIA,BELIA BERWAWASAN PENGERAK KEJAYAAN - MELAKA NEGERI BELIA"!!!! - Saudara Mohd Nizam Bin Omar
.

Majlis MGBD / GB4B Jasin

Dijemput hadir ke majlis bacaan yassin,tahlil & doa selamat serta Majlis perasmian Pejabat MGBD Jasin dan perlancaran Medan Selera Anjung 4B oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Rustam (KM Melaka) pada 24/4/09 (Jumaat) jam 6.30ptg di Pejabat MGBD Jasin (hadapan Hospital Jasin).Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Kursus di Ins. Kemajuan Pekebun Kecil.




Pada 10-12/mac/2009 dua orang ahli GB4B Sri Nawar telah mengahadiri kursus sistem torehan getah kekerapan rendah dan kursus penanaman kelapa sawit di Inst.Kemajuan Pekebun kecil di Pahang.Mereka iaitu En Rosli bin Md Dan serta En Johari bin Jamil.Tahniah diucapkan.

Ronda-ronda bersama Ketua Polis Melaka.

Konvoi motosikal bersama Ketua Polis Melaka pada 1-3 mei 09.Laluan Melaka-Asahan-Alor Gajah-Melaka.Segala makan,minum dan penginapan ditanggung oleh pihak penaja.Tiada bayaran yuran cuma bawa motor sendiri.dan pastikan peserta ada mempunyai lesen motor.Apa tunggu lagi?!! cepat hantar nama anda pada saudara Minhat sebelum 10/04/09.

ISMMA

18 Sekolah Projek Angkat Terbabit
ISMMA Anjur Latihan Biola, Tarian

PERINGGIT, 23 Mac - Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) telah mengadakan latihan intensif berkumpulan iaitu biola dan tarian kepada pelajar sekolah projek angkat seni budaya ISMMA, baru-baru ini.

Seramai 100 orang pelajar dari 18 buah sekolah projek angkat ISMMA telah mengikuti latihan tersebut yang diadakan bersempena cuti sekolah minggu lalu.
Latihan telah bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang bertempat di Dewan Galeri Ketua Menteri, Bukit Peringgit dan di ISMMA.
Matlamat utama latihan ini adalah untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar seterusnya menyediakan para pelajar bagi persembahan orkestra Institut Seni Malaysia Melaka bagi tahun 2009.
Para pelajar ini juga dilatih bagi membentuk kumpulan kesenian di peringkat sekolah.
Program ini juga dapat mengisi masa lapang para pelajar di samping dapat membina displin, pemantapan jatidiri dan tahap kemahiran masing– masing.
Ini juga bertujuan untuk memberi keyakinan diri kepada para pelajar dalam membuat persembahan di sekolah seperti Hari Guru, Hari Ko – Kurikulum dan majlis–majlis anjuran Kerajaan Negeri Melaka.

*GB 4B sri Nawar menyambut baik apa yg dilakukan oleh pihak ISMMA,akan tetapi adakah pihak ISMMA mengajar/memberi latihan kepada para belia ?....Dalam 3 bulan yg lepas saya pergi berjumpa dgn puan Noriah (cikgu alat muzik ISMMA),so dia berjanji akan memberitahu bila dan masa untuk kami belajar main biola,dsb.adalah sangat mengecewakan sampai sekarang masih belum ada tindakan dari pihaknya.

Aksi DJ Karaoke Sound System

Kolej Pekida Malaysia.

Kolej Pekida Malaysia(KPM) telah ditubuhkan pada awal tahun 2009 menawarkan program latihan kemahiran didlm pelbagai bidang kpd belia2 diseluruh negara.

Antara kursus yg ditawarkan ialah:
1) Mekanik Kenderaan Motor(P-115) >Tempoh 12 bulan >SKM 1&2.
2) Mekanik Penyejukbekuan & Air Cond >Tempoh 12 bulan >SKM 1&2.
3) Pembuat Pakaian Wanita >Tempoh 12 bulan >SKM 1&2.
4) Juruteknik elektrik >Tempoh 12 bulan > SKM 1&2.

Kemudahan:
1)Tempat tinggal asrama.
2)Makan-minum sepanjang kursus.
3)Pakaian seragam.
4)Elaun saku.
5)Elaun latihan industri.
6)Kemudahan sukan&riadah.
7)Rawatan perubatan percuma dihospital&klinik kerajaan.

Pembiayaan latihan:
1)Pelajar akan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Syarat pemohon:
1)Warganegara Malaysia.
2)Berumur 17thn-30thn.
3)Tamat ting 5 dan memenuhi syarat lain yg diminta.
4)Sihat tubuh badan dan sanggup menjalani latihan yg ditetapkan.

Alamat:
Kolej Pekida Malaysia.
Plot 3-13,Kawasan IKS Nyalas,
Jln IKS N/1,Taman IKS Nyalas,
77100 Jasin,Melaka.
No Tel: 06-5237130/06-5237133.
No Fax: 06-5237131.

Sila hubungi saya untuk dapatkan borang dan keterangan.

Taklimat Penubuhan KRT Sri Nawar





Alhamdulillah..selesai sudah majlis taklimat penubuhan KRT Sri Nawar.GB4B Sri Nawar dgn rasa sukacita nya mengalu-galukan penubuhan KRT ini.Antara jemputan yg hadir ialah pegawai perpaduan daerah jasin,Adun Sg Rambai iaitu YB Hasan Rahman,Setiausaha Dun merangkap Sidang Kg Air Tawar -En Jalaudin Mamat,Pengerusi JKKK -En Majid Main dan warga Kampung Jalan Datuk Nawar.

Pertandingan Persahabatan badminton dgn Team Parit Bulat,Muar.




Tahniah diucapkan diatas kemenangan dalam pertandingan persahabatan ini.

Gaya Seorang Hero Filem Tamil


Gambar salah seorang ahli Team Siput Sedut yang tak mahu identitinya diketahui oleh orang ramai.

Sekitar majlis penubuhan Bomba Sukarela Dun Sg Rambai





Majlis ini telah diadakan di Komplek Dun Sg Rambai.Beberapa ahli 4B Sri Nawar telahpun menyertai Bomba sukarela dan Team Siput Sedut telah dianugerahkan sijil penghargaan kerana telah menyelamatkan mangsa sesat tempoh hari.

Kejohanan sepaktakraw terbuka Belia Kg Parit Raja Sari,Bakri.




Pertandingan ini berlangsung pada 22/2/09 dan B4b Sri Nawar menghantar 3 regu.Penyertaan ini bertujuan bagi membentuk pasukan yang mantap dan untuk mencari pengalaman bertanding dikawasan luar.

Pertandingan tertutup Carrom dan Ping-pong







Pertandingan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 26/1-2/2/09.Majlis penyampaian hadiah akan diadakan dalam masa terdekat.

Kursus Pendek Kolej Komuditi Jasin.

TARIKH HARI MASA KURSUS
15/2/09_ Ahad 8.15pg-2ptg _Asas Penghasilan Roti
21-22/2/09_ Sabtu & Ahad 8.15pg-4.30ptg _Baik pulih komputer
21/2/09_ Sabtu 8.15pg-2ptg _Jahitan manik
22/2/09_ Ahad 8.15pg-2ptg _Solat berkualiti
28/2/09_ Sabtu 8.15pg-2ptg _Kursus MUET
1/3/09_ Ahad 8.15pg-2ptg _Hiasan dalaman
7/3/09_ Sabtu 8.15pg-2ptg _Penghasilan mee kuning
8/3/09_ Ahad 8.15pg-2ptg _Adobe photoshop
14/3/09_ Sabtu 8.15pg-2ptg _Penghasilan jejari ikan & Nugget
15/3/09_ Ahad 8.15pg-5ptg _Penghayatan islam&B.inggeris
21/3/09_ Sabtu 8.15pg-2ptg _Jahitan langsir&asas microsoft Access
22/3/09_ Ahad 8.15pg-2ptg _Lanskap
28/3/09_ Sabtu 8.15pg-2ptg _Pembuatan Mayonaise
29/3/09_ Ahad 8.15pg-2ptg _Pembuatan Taufu fa
4/4/09_ Sabtu 8.15pg-2ptg _Rancangan Perniagaan (MARA)

Yuran RM 5-RM 20.berserta dgn sijil penyertaan.
call:06-2631616 samb 281/113/116/180
Tarikh tutup :3 hari sblum tarikh kursus.

Dapatkan borang pada Ketua Belia 4B Sri Nawar!!!!!!!

Aktiviti PPM(Persatuan Permotoran Melaka) 2009

NO TARIKH PROGRAM VENUE
1. 15-Feb Cabaran Ujian Raja Pecut 01/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
2. 22-Feb "Semut Bicycle" Competition - 1st Series DUN Klebang, Melaka
3. 23-Feb Konvoi Motorsikal Menyambut YB Datuk Zahid Hamidi Ayer Keroh, Melaka.
4. 01-Mac Cabaran Ujian Raja Pecut 02/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
5. 08-Mac Jebat K-Car Drag Race - 1st Series Stadium Hang Jebat, Melaka
6. 09-Mac Sambutan Maulidur Rasul Masjid Batang Tiga, Melaka.
7. 22-Mac Jebat Criterium - 1st Series Stadium Hang Jebat, Melaka
8. 29-Mac Mesyuarat Agung 2009 Balai Belia Batang Tima Timur, Melaka.
9. 05-Apr Cabaran Ujian Raja Pecut 03/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
10. 03-Mei Melaka Sprint Challenge - 1st Series Kaw. Perindustrian Bukit Rambai, Melaka
11. 08th May ~ 10th May Melaka Motorsport Carnivalle Stadium Hang Jebat, Melaka
12. 09-Mei Auto Show & Audio Competition - 1st Series Stadium Hang Jebat, Melaka
13. 10-Mei Cabaran Ujian Raja Pecut 04/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
14. 17-Mei "Semut Bicycle" Competition - Final Series Stadium Hang Jebat, Melaka
15. 14-Jun Cabaran Ujian Raja Pecut 05/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
16. 27th ~ 28th Jun Jebat Drift Challenge Stadium Hang Jebat, Melaka
17. 05-Jul Cabaran Ujian Raja Pecut 06/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
18. Aug Merdeka Millennium Endurance (MME) 2009 SIC, Selangor
19. 16-Ogos Membersih Kawasan Kubur Batang Tiga, Melaka.
20. 13-Sept Jamuan Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Pantai Puteri, Melaka.
21. 04-Okt Cabaran Ujian Raja Pecut 07/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
22. 25-Okt Jebat K-Car Drag Race - Final Series Stadium Hang Jebat, Melaka
23. 01-Nov Melaka Sprint Challenge - Final Series Kaw. Perindustrian Bukit Rambai, Melaka
24. 15-Nov Cabaran Ujian Raja Pecut 08/09 Stadium Hang Jebat, Melaka
25. 29-Nov Jebat Criterium - Final Series Stadium Hang Jebat, Melaka
26. Dec Konvoi Ke Terengganu Trengganu
27. 26-Dis Auto Show & Audio Competition - 2nd Series Stadium Hang Jebat, Melaka
28. 27-Dis Jebat Lord Of Sprint - Grand Finale Stadium Hang Jebat, Melaka

Gambar kenangan PJKN

Sungguh liar!!!

Satu formula kini sedang dirancang dalam usaha memasang perangkap babi hutan yang berkeliaran di beberapa kawasan di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, antara kawasan yang dikesan menjadi tempat haiwan liar ini berkeliaran adalah Parit Perawas, Sebatu, Air Tawar dan Batu Gajah.
Menurutnya, pihak Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Japerun Sungai Rambai telah mengadakan perbincangan dengan pegawai daripada Perhilitan untuk mengadakan operasi hampir setiap malam.
“Selain daripada pegawai Perhilitan, beberapa pemburu persendirian juga terlibat dalam operasi ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Air Tawar, Majid Main, 62, berkata, pihaknya telah meminta agar Perhilitan bertindak segera dalam usaha menangani masalah babi hutan yang banyak memusnahkan hasil tanaman penduduk.
“Babi hutan yang berkeliaran di kawasan kampung ini dikhuatiri membawa wabak dan kami takut kejadian buruk akan berlaku di kampung ini.
“Justeru, kami mengharapkan agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku selain mengharapkan kerjasama penduduk kampung untuk membersihkan kawasan tanah terbiar mereka,” katanya.
Majid berkata, tanah terbiar milik penduduk diharap dapat dibersihkan bagi mengelakkan kawasan berkenaan menjadi tempat pembiakan babi hutan.

OK..kepada belia-belia dan pemuda Kg Air Tawar boleh membuat persiapan diri dari segi bantin dan kelengkapan perisai untuk menghapuskan babi-babi yg mula menganas di kampung kita.Tunggu arahan selanjutnya.!!!!

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)

Pengenalan
Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM)adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang.

Kelayakan dan Syarat-Syarat
i) Warganegara Malaysia
ii) Berumur antara 18 hingga 40 tahun
iii) Keutamaan kepada ahli persatuan belia
iv) Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan
v) Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi

Proses Permohonan

i) Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008
ii) PBSD membuat melawat/ulasan
iii) Borang yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri
iv) Pegawai ekonomi membuat ulasan
v) Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda
vi) Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil

Soalan-Soalan Lazim
i) Soalan 1
Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)
Jawapan 1
Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.
ii) Soalan 2
Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?
Jawapan 2
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.
iii) Soalan 3
Berapa had bantuan?
Jawapan 3
Bantuan sebanyak RM2,000.00
iv) Soalan 4
Bentuk bantuan yang macam mana?
Jawapan 4
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 1/2008 yang boleh dicetak melalui portal ini.
v) Soalan 5
Bagaimana nak dapatkan bantuan?
Jawapan 5
Isi borang permohonan dan kemukakan bersama sebutharga bagi pembelian barangan kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah yang berhampiran dimana projek beroperasi.
vi) Soalan 6
Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?
Jawapan 6
Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam.
vii) Soalan 7
Skim ini untuk bumiputra sahajakah?
Jawapan 7
Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.

ok..kepada yg berminat Borang ada pada saya (Ketua Belia 4B Sri Nawar)

Tahniah !!!

Team Siput Sedut dapat pengiktirafan Japerun


SUNGAI RAMBAI - Sekumpulan 21 belia yang terlibat dalam usaha mencari seorang pencari siput sedut yang sesat hampir 12 jam baru-baru ini, mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai.
Belia dari Jalan Datuk Nawar, Kampung Ayer Tawar itu yang akan digabung dalam pasukan bergelar Team Siput Sedut, akan menerima sijil penghargaan sempena penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, pada minggu hadapan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, pasukan terbabit akan menjalankan tugas sebagai penyelamat bersama-sama anggota bomba dari Jabatan Bomba untuk membantu di sekitar kawasan DUN ini.
“Usaha yang dilakukan belia tempatan ini sangat membanggakan. Walaupun mereka tidak dipaksa membantu pasukan bomba mencari mangsa, namun semangat dan kerjasama yang dihulurkan pada waktu itu seharusnya mendapat pujian dan pengiktirafan.
‘Justeru, pengiktirafan ini adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bertungkus-lumus membantu menyelamatkan mangsa di kawasan paya bakau di sini, baru-baru ini,” katanya.
Katanya, diharapkan pengiktirafan yang diberikan Japerun akan menyuntik semangat belia lain untuk turut sama membantu ketika kecemasan pada masa hadapan.
Sinar Harian pada 26 Januari lalu menyiarkan mengenai kehilangan seorang pengawal keselamatan, Muhamad Yasin Dol, 44, dari Kampung Chabau yang sesat ketika mencari siput bersama dua lagi rakannya di kawasan hutan paya bakau berkenaan kira-kira jam 8 pagi.
Kejadian itu disedari dua rakannya apabila mangsa tidak keluar bersama mereka untuk makan tengah hari kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Selepas puas mencari, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Rambai pada jam 6 petang sebelum operasi mencari dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau, polis serta belia tempatan.
Muhamad Yasin ditemui Team Siput Sedut itu kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam keadaan lemah sebelum dibawa keluar sejam kemudian.

Program Mendesakan Belia

JASIN: Kerajaan Melaka akan memperkenalkan Program Mendesakan Belia dalam usaha untuk menggalakkan golongan belia di negeri ini terbabit dengan aktiviti sukan yang semakin dilupakan berikutan kemunculan sukan moden dan permainan video.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Hasan Abd Rahman, berkata antara aktiviti itu termasuklah penganjuran pertandingan sepak takraw, bola jaring, badminton dan bola sepak.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai berkata, berdasarkan kajian mendapati, kebanyakan generasi muda pada masa ini lebih menggemari sukan moden seperti futsal dan boling selain permainan video.

"Usaha menghidupkan kembali sukan berkenaan dijangka mampu menyemarakkan lagi aktiviti di kalangan belia desa sekali gus mempertahankan ia daripada hilang ditelan zaman. Maka itu, bagi menjayakan usaha ini, kita minta semua persatuan belia di negeri ini menjadi penggerak kepada program ini," katanya selepas menyertai Program Sembang Warung Kopi di Batu Gajah, di sini.

Hasan berkata, menerusi Program Mendesakan Belia yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat ini, ia akan memberi banyak manfaat kepada belia luar bandar apabila kerajaan negeri bersedia menaik taraf gelanggang sepak takraw yang rosak selain menyediakan kemudahan sukan berkaitan.

"Saya lihat punca sebenar belia luar bandar tidak aktif kerana keadaan kemudahan sukan yang tidak diselia dengan betul. Saya harap menerusi program ini, ia akan membantu mereka aktif semula dengan sukan yang diperkenalkan oleh orang lama itu," katanya.

Sementara itu, Program Sembang Warung Kopi yang diperkenalkan itu bertujuan mendengar masalah masyarakat menerusi sembang bersama orang kampung.

Hasan berkata, menerusi aktiviti itu, segala masalah membabitkan infrastruktur, kebajikan serta ekonomi penduduk dapat diselesaikan secara cepat dan berkesan.

Aksi DJ Karaoke di Majlis Perkahwinan.





Berlangsung di majlis perkhawinan dirumah Hisamudin Bin Rasol (Rumah Ahli Belia)

Air Tawar vs Serkam




Pada 26/1/09 bertempat di Dewan Batu Gajah satu perlawanan persahabatan badminton antara Air Tawar vs Serkam.Perlawanan yg terlalu sengit seperti perang iraq telah dimenangi oleh pihak lawan.Insyallah kami akan kembali membalas dendam dimasa akan datang.....

Tragedi si pencari siput




Pada 24/01/2009 seorang pencari siput dari jasin telah sesat didalam paya bakau di Kampung Air Tawar.Pihak bomba dan polis telah dikerahkan untuk operasi mencari mangsa.Akan tetapi sehingga jam 11.30 mlm tidak berjaya ketemui mangsa.Akhirnya pemuda,belia dan penduduk kampung Air Tawar telah menawarkan diri untuk membantu mencari mangsa.Seramai 25 org terlibat.Sebahagiannya ialah pakar-pakar pencari siput yang sememangnya sinonim dgn tempat tersebut.Tepat jam 11.45mlm operasi dimulakan dgn mengatur strategi.Sambil ditemani hanya lampu suluh ,mereka meredah paya bakau dengan penuh bersemangat tanpa menghiraukan bahaya spt ular dan selut.Kira-kira 40 minit mangsa telah ditemui dalam keadaan kepenatan dan tidak bermaya.Mangsa selamat dibawa keluar.Yb Hasan bin Rahman ADUN Sg Rambai dan pihak Bomba mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada belia dan penduduk kampung yg sudi membantu dalam operasi ini. Tahniah!!! Keberanian anda semua telah menyelamatkan satu nyawa.

Latihan Dondang Sayang Sri Nawar.




Alhamdulillah..dapat juga dihidupkan semula kelab dondang sayang setelah hampir 2 tahun tidak aktif.Buat masa ini tidak mengambil tempahan kerana sebilangan ahli dalam proses mendapatkan 'tune'.Kelab ini juga disertai oleh 'orang lama' dan menjadi guru serta penasihat kelab ini.Gambar sekitar latihan yang telah diadakan pada 11/01/09.Ahli sebulat suara bersetuju dgn AJK baru iaitu:

Ketua Dondang Sayang : Minhat bin Muhammad
Naib Ketua : Khairul Iszahar bin Sahak
Setiausaha : Nasri bin Khaimi
Bendahari : Hisamudin bin Rasul

Kepada ahli GB4B Sri Nawar yg ingin menyertai kelab ini boleh hadir latihan setiap hari sabtu,jam 8.45 mlm.

Aksi karaoke bersama GB4B Sri Nawar


Bantahan serangan ke atas negara Palestin oleh Rejim Yahudi Zionis

Memorandum

To : Mr Sir George W. Bush (President of U.S)

From : Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Selangor

Date : 5 January 2008

Tajuk : Serangan ke atas negara Palestin oleh Rejim Zionis

Title: :‘Zionis’ regime attack in Palestine

Penaklukan dan serangan ke atas bumi Ghazza sewenang – wenangnya ini oleh Negara Israel lalu membuktikan kekejaman dan keangkuhan Kepimpinan Israel kepada hak dan kedaulatan rakyat Palestin atas alasan memburu pemimpin – pemimpin Hamas.

The recent attack/bombing in Gaza by Israel for ‘hunting’ the Hamas leaders has proven the violence and arrogance of the Israelis ruling to the rights and sovereignty of the Palestinians.

Oleh yang demikian, kami barisan golongan belia iaitu Gerakan Belia 4B Malaysia Wilayah Persekutuan sebulat suara mengecam dan mengutuk serangan ke atas Negara Islam Palestin oleh Rejim Zionis , Israel. Oleh itu kami MENGGESA AGAR:

Regarding to that matter, we, the youth group from Gerakan Belia 4B Malaysia Wilayah Persekutuan, condemns the Israel’s Zionis Regime attack on the Islams in Palestine. Therefore, we implore that:

  1. Negara Israel menghentikan segala serangan baik melalui darat mahupun udara yang membunuh rakyat palestin yang tidak berdosa terutama golongan warga tua, wanita, remaja dan kanak – kanak atas alasan mencari dan memburu Pemimpin Hamas.

Israel to stop any attacks via land and air that kills innocent Palestinians, in particular the senior citizens, women, teenagers and children, with the excuse to find and hunt down Hamas leaders.

  1. Kekejaman yang berterusan ini juga, menunjukkan kepimpinan Israel tidak menghormati hak dan kedaulatan rakyat Palestin. Negara Israel menyerang dan mengepung 1.6 juta penduduk Palestin termasuk menafikan hak mereka mendapatkan keperluan asas dan perubatan.

The continued violence also demonstrates that Israel ruling does not respect the rights and sovereignty of the Palestine nation. Israel attacked and surrounded 1.6 million Palestinian residents as well as denying their rights to basic needs and medical care.

  1. Menggesa supaya Amerika Syarikat dan Israel mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Pemerintah di Palestin serta menghormati kedaulatan Negara Palestin dengan merobohkan tembok batu yang mengelilingi bumi Ghazza serta membenarkan bantuan daripada pihak luar khususnya daripada Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu kepada Rakyat Palestin.

We implore for the United States of America and Israel to declare Hamas as the ruling government in Palestine and respect sovereignty of Palestine by demolishing the brick wall which surrounds Gaza and allow international/external help especially from PBB to the Palestinian nation.

  1. Mendesak supaya Negara Israel menghormati Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu dan Liga Arab serta desakan masyarakat dunia terhadap kekejaman Negara Israel ke atas Bumi Palestin

We urge for Israel to respect PBB and Arab League as well as the nation of the world against Israelis violence towards Palestine.

  1. Menggesa Negara Israel supaya menyokong segala usaha gencatan senjata yang ditaja oleh pihak luar dan mematuhi segala peraturan – peraturan dalam proses gencatan senjata.

Insist that Israel cease fire and abide to all regulations pertaining to the peace bodies.

Kami berharap agar Kedutaan Amerika Syarikat dapat menyampaikan bantahan ini yang mewakili masyarakat belia Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Sir George W. Bush agar campurtangan dan menghentikan serangan ke atas Bumi Palestin oleh Negara Israel.

We hope that US Embassy will convey this objection represented by the youths of Malaysia to the President of the United States of America, Sir George W. Bush, to intervene and stop the Israelis attacks on Palestine.

Sekian, terima kasih

Thank you.

Salam Hormat

( MOHD AZHARI BIN NAHARUDDIN )
Pengerusi.

Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan

Kawasan RukunTetangga dan SRS

Penduduk Kg sekitar Jalan Datuk Nawar/Jln Air Tawar Baroh bercadang untuk menubuhkan KRT dan SRS dikampung Air Tawar.Penubuhan KRT amat perlu kerana kawasan kampung perlu penjagaan keselamatan dari masa ke semasa.Pihak ahli GB4B Sri Nawar akan membuat pondok didepan balai raya JDN bagi tujuan tempat KRT/SRS berkumpul.Sesiapa yg berminat bolehlah berjumpa En Samad/Minhat/Mohd Haniff atau datang ke kedai Samad.

PJKN 03/2008 SAHABAT BELIA BERKAMPUNG DI KG. AIR TAWAR










Pada 20-23/11/2008 satu program keluarga angkat PJKN Sahabat belia telah berlangsung di Kg Air Tawar.GB4B Sri Nawar diberi tanggungjawap untuk bekerjasama dengan urusetia PJKN.Seramai 35 keluarga telah menerima peserta sebagai anak angkat.Alhamdullilah program ini berjalan dengan jayanya.Majlis penutup dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ,YB ir Idris Bin Haron.Pelbagai aktiviti menarik telah disusun termasuklah lawatan ke bengkel/ke kebun spt penternakan cacing,ikan keli,pembuatan belacan,air soya,roti canai segera dan tebu.Aktiviti seperti sukaneka,rentas desa,persembahan malam gemilang turut dicemari dengan aksi yang melucukan dan ternyata peserta amat gembira dengan program ini.

Meeting dalam kegelapan




Aisyemen...macam zaman perang jepun daa....sambil meeting makan ubi rebus cicah dgn sambal ,minum plak air kopi o.Bukan api kena potong tapi transfomer(bukan cerita kartun tuu) kat kampung telah mengalami masalah teknikal.Mujurlah pihak TNB cepat menyelesaikan masalah tersebut.

Karaoke Audio Sound System


Satu lagi projek kami iaitu Karaoke Audio Sound System.Sesiapa yg berminat utk menyewa dimajlis perkahwinan,majlis keraian,majlis terbuka,sukaneka atau sebagainya bolehlah berjumpa atau menghubungi kami.Kami juga memberi secara percuma kepada ahli belia yg aktif apabila ada majlis perkahwinan dirumah mereka.

Bilik Gerakan Belia 4B Sri Nawar




Alhamdulillah...Gerakan Belia 4B Sri Nawar telah pun mempunyai sebuah bangunan bilik gerakan sendiri.Ini adalah ehsan dari pihak koperasi.Terima kasih diucapkan.Segala urusan dan aktiviti dilakukan di bangunan tersebut.

Gimnasium Rakyat DUN Sg Rambai




Pihak DUN Sg Rambai telah membuka satu pusat GIM bertempat di Dewan Japerun Sg Rambai.Banyak peralatan disediakan.Kepada yg berminat boleh berjumpa dgn cik Khuzaimah atau En.Najib(setiausaha GB4B Sri Nawar).Bayaran amat berpatutan.Gambar kelihatan saudara Minhat dan Rosli sedang mencuba alatan GYM berkenaan.

Majlis Bubur Lambuk





Satu majlis kacau bubur lambuk telah berlangsung di perkarangan balairaya JDN.Program ini dianjurkan oleh Pemuda UMNO JDN dan GB4B Sri Nawar.Sebanyak 2 periuk besar disediakan.Kesemua bubur ini diagihkan seluruh kampung Air Tawar.

Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2008






Satu majlis sambutan ambang merdeka telah berlangsung di perkarangan balairaya JDN.GB4B Sri Nawar telah diberi tanggungjawap utk mengendalikan program tersebut.Pelbagai acara di adakan seperti majlis tahlil,sukaneka,karaoke,teka kacang,cabutan nama bertuah,bunga api dan jamuan.Terima kasih kepada ahli belia dan dan pemuda JDN yg bekerja keras membantu menjayakan program ini.Tak lupa juga kepada para penyumbang hamper/hadiah dan mereka yg memberi derma berbentuk wang tunai.Kerjasama anda amat kami hargai..

Program anak angkat rakan muda






Satu program anak angkat rakan muda yg dianjurkan Pejabar Belia dan Sukan Negeri melaka.GB4B Sri Nawar dan GB4B Merlimau Pasir telah diberi tanggungjawab utk mengendalikan program ini.Pelajar-pelajar dari Politeknik Merlimau telah dipilih untuk menyertai program ini selama 3hari 2 malam.

Watikah Perlantikan sebagai Ketua Belia 4B Sri Nawar




Tahniah kepada YB Hasan Rahman


Tahniah diucapkan kepada YB Hasan Rahman kerana telah memenangi PRU-12 bagi DUN Sg Rambai.Beliau merupakan pengerusi B4B Bahagian Jasin.

Sukan Sepak Takraw

Salah satu aktiviti sukan sepak takraw.Para belia disarankan agar menyertai sukan ini.Berlangsung di Gelanggang sepaktakraw Balairaya JDN.Masa 6.00 ptg.

Pembukaan laman web.

MELAKA Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri telah melancarkan laman webnya baru-baru ini dalam usaha menyampaikan maklumat dan aktiviti jabatan itu kepada orang ramai secara dalam talian.Pengarahnya, Mohd. Nizam Omar berkata, dengan adanya laman web itu juga memudahkan masyarakat mengetahui segala aktiviti yang berlaku di negeri ini, khususnya melibatkan golongan belia.
''Melalui laman web itu juga, orang ramai khususnya para penuntut institusi pengajian tinggi juga boleh memberikan pandangan serta cadangan dalam usaha membangunkan belia dan kalangan mahasiswa.
''Kami di bahagian Sahabat Belia akan sentiasa mempelbagaikan program dan membantu pertubuhan belia mengadakan program mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Laman web Sahabat Belia itu telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron selaku Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).
Mohd. Nizam berkata, bahagian Sahabat Belia itu telah ditubuhkan pada 1 Jun 2002 dalam usaha kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai negeri belia, negeri bersejarah dan berbudaya serta koridor berilmu.
''Jabatan ini diberi tanggungjawab untuk merealisasikan wawasan tersebut dengan mengadakan program-program harian dan mingguan untuk belia, pelajar, siswa institusi pengajian tinggi dan persatuan belia.
''Program dan aktiviti tersebut dirancang bagi mengelakkan para belia dan remaja terlibat dalam aktiviti berunsur negatif sehingga merugikan golongan terbabit serta menjejaskan keharmonian negeri,'' katanya.
Laman web Sahabat Belia itu boleh dilayari di www.sahabatbelia.gov.my.

Tahniah!!

JASIN 21 Mei - Generasi muda di Felcra Lembah Kesang di sini, mengambil inisiatif menubuhkan Gerakan Belia 4B (GB4B) bagi merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk mewujudkan belia berwawasan.
Ketua Penaja GB4B kawasan itu, Zulkipli Md. Diah berkata, dengan adanya pertubuhan seperti GB4B itu membolehkan golongan muda di Felcra tersebut mengambil bahagian dalam program-program yang diatur.
Menurut beliau, ia sekali gus mengelakkan kumpulan terbabit membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau terlibat dalam aktiviti yang boleh merosakkan generasi muda.
''Jadi kami generasi muda di Felcra ini dengan sokongan dan komitmen pemimpin masyarakat bersetuju untuk menubuhkan GB4B bagi melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada generasi muda di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian GB4B Felcra Lembah Kesang di sini baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd. Nizam Omar.
Zulkipli berkata, sehingga kini seramai 113 generasi muda di bawah usia 40 tahun telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli GB4B cawangan Felcra Lembah Kesang.
Menurutnya, ini menunjukkan generasi muda di Felcra itu begitu bersungguh-sungguh untuk menggerakkan persatuan berkenaan.
Sementara itu, Mohd. Nizam dalam ucapannya mengingatkan golongan belia dalam era ini telah menunjukkan petanda perubahan daripada segi budaya hidup mereka.
Justeru katanya, tumpuan perlu diberikan untuk menjadikan perubahan dalam era tersebut sebagai sesuatu yang memberikan manfaat kepada golongan terbabit.
''Kami di peringkat kawasan akan sentiasa memantau pergerakan cawangan-cawangan supaya mereka dapat mengadakan program di samping menyertai program-program anjuran kerajaan negeri mahupun pertubuhan belia," katanya.

Apa nak jadi haaa !!?

PORT DICKSON – Ribuan generasi muda yang mengunjungi pantai peranginan tersohor di sini untuk berpesta selama dua hari bermula 9 hingga 10 Mei lalu mengundang rasa tidak selesa di kalangan penduduk.

Apa tidaknya, rata-rata yang hadir termasuk warga asing bukan hanya berpesta sehingga mabuk tetapi turut memakai pakaian menjolok mata.

Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Pantai Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad Sap berkata, pesta sedemikian terbukti mencemarkan budaya dan mengundang masalah sosial.

Menurutnya, penganjuran pesta berkenaan juga bertentangan dengan ajaran agama Islam serta budaya masyarakat Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial.

“Saya dapati ribuan golongan muda berhibur di pesta berkenaan selama dua hari ia diadakan di pantai ini. Saya mendapati mereka yang datang terdiri daripada golongan belia dan sebahagian besarnya merupakan anak Melayu dan kaum Cina.

“Saya berasa sangat kesal dan tidak faham mengapa perkara ini harus terjadi kerana ini bukan pertama kali ia diadakan di mana pada tahun 2006 pesta sedemikian pernah diadakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamad Nor sebelum ini telah menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan, yang turut mewakili Persatuan Penduduk Taman Aneka, Batu 9, Jalan Pantai kerana mendakwa permit hiburan menganjurkan pesta berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan minta ia dibatalkan demi kebaikan generasi muda

4Bsri nawar:Diharap perkara ini tak berlaku di pantai-pantai seluruh negeri Melaka.Kerajaan negeri patut memandang serius dengan gejala negatif ini.PBT sepatutnya peka apa yg berlaku disekeliling.Amat memalukan!!!!Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kami mengutuk aktiviti tersebut!!

Kampung Air Tawar dilanda ribut



Pada pukul 3 pagi 10/5/08 Kampung Air Tawar dilanda ribut,tiada kemalangan jiwa dilaporkan akan tetapi beberapa rumah penduduk rosak akibat dipukul ribut.Kebanyakan hanya rosak kecil seperti atap diterbangkan angin.Hanya bangunan koperasi bersebelahan Balairaya JDN rosak teruk.Ini kerana ada pokok besar(durian) bersebelahan dengan bangunan itu telah tumbang menghempap bahagian belakang bangunan tersebut.Bangunan berkenaan baru sahaja diperbaiki tempoh hari untuk kegunaan Belia 4B membuat aktiviti seperti sukan indoor atau tempat mesyuarat.Pengerusi JKKK Kg Air tawar dan juga Penghulu telah datang melawat dan kerosakan akan dibaiki secepat yang mungkin.

Ustaz Akil Hayy

Kami berharap agar Belia 4B Jasin khususnya YB Hasan Rahman dapat mengadakan program ceramah agama untuk para belia atau pemuda.Penceramah kami cadangkan Ustaz Akil Hayy.Ini kerana ceramah2 beliau sangat popular dikalangan belia/muda-mudi mahupun orang dewasa.

Apakah maksud papan tanda ini?

Apakah maksud papan tanda ini?!!Ada yg tersurat dan ada yg tersirat.Kerja siapa?......kalau nak tengok secara live ,papan tanda ini berada di jalan masuk simpang anjung batu,simpang masuk IKS pulai,simpang masuk serkam pantai(depan pondok polis),kampung tedong(depan klinik desa) .Ini kebanyakan berada di Dun Serkam. Hairan sungguh.Adakah YB(ADUN Serkam) tak perasan?..

Sahabat Belia

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memberi kepercayaan kepada Mohd. Nizam Omar, 26, untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Sahabat Belia Melaka berkuatkuasa esok (hari ini).

Beliau dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan yang pernah disandang oleh Abdul Rahman Safian dan kemudian diisi sementara oleh Noraini Ali.

Mohd Nizam yang masih Setiausaha Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), sebelum ini pernah bertugas sebagai Setiausaha Kerja Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin sejak tahun 1999-2001 dan Pembantu Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin bermula tahun 2001 hingga 2003.

Anak jati Jasin, Melaka ini begitu sinonim dengan sikap ramah dan tanggungjawab berjanji akan berusaha membantu kerajaan negeri dalam menggerakkan lebih banyak program dan aktiviti membabitkan semua lapisan belia di negeri ini.

Antara jawatan yang disandang ialah Ketua Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia Cawangan Pekan Jasin dan Naib Pengerusi Remaja GB4B Malaysia kawasan Jasin (2000-kini), Setiausaha Sekretariat Rakan Muda Daerah Jasin dan Biro Masyarakat Sekretariat Rakan Muda Daerah Jasin (2001-2003).

Naib Pengerusi Remaja GB4B Malaysia Melaka dan Bendahari Kehormat Gerak Remaja GB4B Malaysia (2004 hingga kini) serta Pengerusi Penaja GB4B Malaysia kawasan Jasin dan Pengerusi Penaja GB4B Malaysia Melaka (2008).

Selain sibuk dalam kegiatan belia, Mohd Nizam juga aktif dalam politik di mana beliau dilantik selaku Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kolam Air Taman Maju dan Jawatankuasa Briged Putera UMNO Bahagian Jasin.

Yayasan Melaka taja sukan pemotoran.

Anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Melaka sedia menaja mana-mana belia di negeri ini yang berminat menceburkan diri secara serius dalam sukan permotoran.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Rahaman Karim berkata, usaha itu akan dilaksana secara berterusan bagi membantu menambah bilangan belia untuk terbabit dalam sukan permotoran yang kini semakin popular di kalangan remaja.

''Bagi pihak kerajaan negeri, kita sedia untuk menaja mana-mana belia yang berminat menceburi bidang sukan permotoran kerana usaha ini juga termasuk dalam tanggungjawab sosial Yayasan Melaka kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek tajaan RM4,000 kepada pelumba motosikal lasak negeri, Mohamad Ariff yang menyertai Kejohanan Motocross Malaysia 2008 pada pertengahan bulan ini.

Menurut Abdul Rahaman, melalui usaha itu, lebih ramai bakat muda dapat diketengahkan dalam sukan permotoran negara, sekali gus membantu mempopularkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Katanya, langkah itu sejajar dengan penerimaan yang menggalakkan di kalangan remaja pada hari ini yang semakin menggemari sukan permotoran.

''Kita perlu mengambil peluang disaat-saat golongan belia sedang mengilai sukan permotoran ini, penganjuran perlu diperluaskan kerana usaha ini mampu memberi pulangan lumayan untuk organisasi ini dan juga untuk negara.

''Namun, sebagai pihak yang menaja, kita tidak perlu mengharapkan kejayaan semata-mata tetapi yang penting, kita wajar menilai tahap penglibatan rakyat kita dalam bidang sukan yang penuh cabaran ini," katanya.

Pada masa yang sama, kata Rahaman, usaha itu secara tidak langsung membantu mengelakkan golongan belia di negeri ini terlibat melakukan kegiatan tidak berfaedah yang akhirnya merugikan diri mereka sendiri.

''Oleh itu, dengan menyertai kegiatan sukan permotoran, misalnya, dapat membantu golongan remaja melakukan aktiviti berfaedah," ujarnya.

Selamat Datang

Selamat datang saya ucapkan.Ini adalah laman blog mengenai segala aktiviti yang telah dijalankan oleh belia sri nawar.