Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

SRI NAWAR FM ENTERTAINMENT

Menawarkan khidmat DJ Karaoke Sound System di semua majlis. Mempunyai set P/A System yang boleh dipercayai dan berjenama. Sila hubungi : DJ Nasrie 019-6863144. Sila layari http://srinawarfm.blogspot.com
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sukan Sepak Takraw

Salah satu aktiviti sukan sepak takraw.Para belia disarankan agar menyertai sukan ini.Berlangsung di Gelanggang sepaktakraw Balairaya JDN.Masa 6.00 ptg.

Pembukaan laman web.

MELAKA Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri telah melancarkan laman webnya baru-baru ini dalam usaha menyampaikan maklumat dan aktiviti jabatan itu kepada orang ramai secara dalam talian.Pengarahnya, Mohd. Nizam Omar berkata, dengan adanya laman web itu juga memudahkan masyarakat mengetahui segala aktiviti yang berlaku di negeri ini, khususnya melibatkan golongan belia.
''Melalui laman web itu juga, orang ramai khususnya para penuntut institusi pengajian tinggi juga boleh memberikan pandangan serta cadangan dalam usaha membangunkan belia dan kalangan mahasiswa.
''Kami di bahagian Sahabat Belia akan sentiasa mempelbagaikan program dan membantu pertubuhan belia mengadakan program mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Laman web Sahabat Belia itu telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron selaku Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM).
Mohd. Nizam berkata, bahagian Sahabat Belia itu telah ditubuhkan pada 1 Jun 2002 dalam usaha kerajaan negeri menjadikan Melaka sebagai negeri belia, negeri bersejarah dan berbudaya serta koridor berilmu.
''Jabatan ini diberi tanggungjawab untuk merealisasikan wawasan tersebut dengan mengadakan program-program harian dan mingguan untuk belia, pelajar, siswa institusi pengajian tinggi dan persatuan belia.
''Program dan aktiviti tersebut dirancang bagi mengelakkan para belia dan remaja terlibat dalam aktiviti berunsur negatif sehingga merugikan golongan terbabit serta menjejaskan keharmonian negeri,'' katanya.
Laman web Sahabat Belia itu boleh dilayari di www.sahabatbelia.gov.my.

Tahniah!!

JASIN 21 Mei - Generasi muda di Felcra Lembah Kesang di sini, mengambil inisiatif menubuhkan Gerakan Belia 4B (GB4B) bagi merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk mewujudkan belia berwawasan.
Ketua Penaja GB4B kawasan itu, Zulkipli Md. Diah berkata, dengan adanya pertubuhan seperti GB4B itu membolehkan golongan muda di Felcra tersebut mengambil bahagian dalam program-program yang diatur.
Menurut beliau, ia sekali gus mengelakkan kumpulan terbabit membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau terlibat dalam aktiviti yang boleh merosakkan generasi muda.
''Jadi kami generasi muda di Felcra ini dengan sokongan dan komitmen pemimpin masyarakat bersetuju untuk menubuhkan GB4B bagi melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada generasi muda di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian GB4B Felcra Lembah Kesang di sini baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Agung Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd. Nizam Omar.
Zulkipli berkata, sehingga kini seramai 113 generasi muda di bawah usia 40 tahun telah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli GB4B cawangan Felcra Lembah Kesang.
Menurutnya, ini menunjukkan generasi muda di Felcra itu begitu bersungguh-sungguh untuk menggerakkan persatuan berkenaan.
Sementara itu, Mohd. Nizam dalam ucapannya mengingatkan golongan belia dalam era ini telah menunjukkan petanda perubahan daripada segi budaya hidup mereka.
Justeru katanya, tumpuan perlu diberikan untuk menjadikan perubahan dalam era tersebut sebagai sesuatu yang memberikan manfaat kepada golongan terbabit.
''Kami di peringkat kawasan akan sentiasa memantau pergerakan cawangan-cawangan supaya mereka dapat mengadakan program di samping menyertai program-program anjuran kerajaan negeri mahupun pertubuhan belia," katanya.

Apa nak jadi haaa !!?

PORT DICKSON – Ribuan generasi muda yang mengunjungi pantai peranginan tersohor di sini untuk berpesta selama dua hari bermula 9 hingga 10 Mei lalu mengundang rasa tidak selesa di kalangan penduduk.

Apa tidaknya, rata-rata yang hadir termasuk warga asing bukan hanya berpesta sehingga mabuk tetapi turut memakai pakaian menjolok mata.

Pengerusi Majlis Bertindak Membantah Penganjuran Pesta Pantai Port Dickson, Mohamad Nor Mohamad Sap berkata, pesta sedemikian terbukti mencemarkan budaya dan mengundang masalah sosial.

Menurutnya, penganjuran pesta berkenaan juga bertentangan dengan ajaran agama Islam serta budaya masyarakat Malaysia, tetapi juga menyumbang kepada aktiviti maksiat dan gejala sosial.

“Saya dapati ribuan golongan muda berhibur di pesta berkenaan selama dua hari ia diadakan di pantai ini. Saya mendapati mereka yang datang terdiri daripada golongan belia dan sebahagian besarnya merupakan anak Melayu dan kaum Cina.

“Saya berasa sangat kesal dan tidak faham mengapa perkara ini harus terjadi kerana ini bukan pertama kali ia diadakan di mana pada tahun 2006 pesta sedemikian pernah diadakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamad Nor sebelum ini telah menghantar memorandum bantahan kepada kerajaan, yang turut mewakili Persatuan Penduduk Taman Aneka, Batu 9, Jalan Pantai kerana mendakwa permit hiburan menganjurkan pesta berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan minta ia dibatalkan demi kebaikan generasi muda

4Bsri nawar:Diharap perkara ini tak berlaku di pantai-pantai seluruh negeri Melaka.Kerajaan negeri patut memandang serius dengan gejala negatif ini.PBT sepatutnya peka apa yg berlaku disekeliling.Amat memalukan!!!!Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kami mengutuk aktiviti tersebut!!

Kampung Air Tawar dilanda ribut



Pada pukul 3 pagi 10/5/08 Kampung Air Tawar dilanda ribut,tiada kemalangan jiwa dilaporkan akan tetapi beberapa rumah penduduk rosak akibat dipukul ribut.Kebanyakan hanya rosak kecil seperti atap diterbangkan angin.Hanya bangunan koperasi bersebelahan Balairaya JDN rosak teruk.Ini kerana ada pokok besar(durian) bersebelahan dengan bangunan itu telah tumbang menghempap bahagian belakang bangunan tersebut.Bangunan berkenaan baru sahaja diperbaiki tempoh hari untuk kegunaan Belia 4B membuat aktiviti seperti sukan indoor atau tempat mesyuarat.Pengerusi JKKK Kg Air tawar dan juga Penghulu telah datang melawat dan kerosakan akan dibaiki secepat yang mungkin.

Ustaz Akil Hayy

Kami berharap agar Belia 4B Jasin khususnya YB Hasan Rahman dapat mengadakan program ceramah agama untuk para belia atau pemuda.Penceramah kami cadangkan Ustaz Akil Hayy.Ini kerana ceramah2 beliau sangat popular dikalangan belia/muda-mudi mahupun orang dewasa.

Apakah maksud papan tanda ini?

Apakah maksud papan tanda ini?!!Ada yg tersurat dan ada yg tersirat.Kerja siapa?......kalau nak tengok secara live ,papan tanda ini berada di jalan masuk simpang anjung batu,simpang masuk IKS pulai,simpang masuk serkam pantai(depan pondok polis),kampung tedong(depan klinik desa) .Ini kebanyakan berada di Dun Serkam. Hairan sungguh.Adakah YB(ADUN Serkam) tak perasan?..

Sahabat Belia

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memberi kepercayaan kepada Mohd. Nizam Omar, 26, untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Sahabat Belia Melaka berkuatkuasa esok (hari ini).

Beliau dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan yang pernah disandang oleh Abdul Rahman Safian dan kemudian diisi sementara oleh Noraini Ali.

Mohd Nizam yang masih Setiausaha Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), sebelum ini pernah bertugas sebagai Setiausaha Kerja Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin sejak tahun 1999-2001 dan Pembantu Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin bermula tahun 2001 hingga 2003.

Anak jati Jasin, Melaka ini begitu sinonim dengan sikap ramah dan tanggungjawab berjanji akan berusaha membantu kerajaan negeri dalam menggerakkan lebih banyak program dan aktiviti membabitkan semua lapisan belia di negeri ini.

Antara jawatan yang disandang ialah Ketua Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia Cawangan Pekan Jasin dan Naib Pengerusi Remaja GB4B Malaysia kawasan Jasin (2000-kini), Setiausaha Sekretariat Rakan Muda Daerah Jasin dan Biro Masyarakat Sekretariat Rakan Muda Daerah Jasin (2001-2003).

Naib Pengerusi Remaja GB4B Malaysia Melaka dan Bendahari Kehormat Gerak Remaja GB4B Malaysia (2004 hingga kini) serta Pengerusi Penaja GB4B Malaysia kawasan Jasin dan Pengerusi Penaja GB4B Malaysia Melaka (2008).

Selain sibuk dalam kegiatan belia, Mohd Nizam juga aktif dalam politik di mana beliau dilantik selaku Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kolam Air Taman Maju dan Jawatankuasa Briged Putera UMNO Bahagian Jasin.

Yayasan Melaka taja sukan pemotoran.

Anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Melaka sedia menaja mana-mana belia di negeri ini yang berminat menceburkan diri secara serius dalam sukan permotoran.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Rahaman Karim berkata, usaha itu akan dilaksana secara berterusan bagi membantu menambah bilangan belia untuk terbabit dalam sukan permotoran yang kini semakin popular di kalangan remaja.

''Bagi pihak kerajaan negeri, kita sedia untuk menaja mana-mana belia yang berminat menceburi bidang sukan permotoran kerana usaha ini juga termasuk dalam tanggungjawab sosial Yayasan Melaka kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek tajaan RM4,000 kepada pelumba motosikal lasak negeri, Mohamad Ariff yang menyertai Kejohanan Motocross Malaysia 2008 pada pertengahan bulan ini.

Menurut Abdul Rahaman, melalui usaha itu, lebih ramai bakat muda dapat diketengahkan dalam sukan permotoran negara, sekali gus membantu mempopularkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Katanya, langkah itu sejajar dengan penerimaan yang menggalakkan di kalangan remaja pada hari ini yang semakin menggemari sukan permotoran.

''Kita perlu mengambil peluang disaat-saat golongan belia sedang mengilai sukan permotoran ini, penganjuran perlu diperluaskan kerana usaha ini mampu memberi pulangan lumayan untuk organisasi ini dan juga untuk negara.

''Namun, sebagai pihak yang menaja, kita tidak perlu mengharapkan kejayaan semata-mata tetapi yang penting, kita wajar menilai tahap penglibatan rakyat kita dalam bidang sukan yang penuh cabaran ini," katanya.

Pada masa yang sama, kata Rahaman, usaha itu secara tidak langsung membantu mengelakkan golongan belia di negeri ini terlibat melakukan kegiatan tidak berfaedah yang akhirnya merugikan diri mereka sendiri.

''Oleh itu, dengan menyertai kegiatan sukan permotoran, misalnya, dapat membantu golongan remaja melakukan aktiviti berfaedah," ujarnya.

Selamat Datang

Selamat datang saya ucapkan.Ini adalah laman blog mengenai segala aktiviti yang telah dijalankan oleh belia sri nawar.